Move On

Assalamulaikum. Selamat Pagi. Ada masa terluang ni, aku nak share beberapa tips cara bermove on. Amboi siap ada tips lagi ye. Bukan apa, kita belajar dari pengalaman. 
Melupakan bekas kekasih tidak semudah membalikkan telapak tangan. Lebih-lebih lagi jika anda masih mencintainya. Namun, anda harus sedar bahawa perpisahan terjadi kerana suatu alasan. 
Untuk move-on dari masa lalu, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan dipetik dari Psychologytoday.
  • Padamkan Kaitan Dengannya
Melupakan seseorang kadang-kadang harus dipaksa. Anda tidak boleh terus-menerus memandang gambar profil mereka dan berharap dapat melupakannya begitu sahaja. Ketika sedih, anda menjadi terdedah teringat pada kenangan masa lalu. Melindungi diri dengan batasan sihat seperti menghapuskan kenalannya merupakan salah satu rawatan diri yang baik.
  • Relakan impian hilang
Merelakan mimpi-mimpi bersama kekasih pupus memang tidak mudah. Tetapi anda tiada pilihan lain selain mengikhlaskannya. Pada masa kenangan-kenangan manis terbayang di benak hati, ingatlah saat-saat dia melakukan perkara buruk kepada anda.
  • Berdamai dengan masa lalu
Apabila seseorang menyakiti, marah adalah respon yang biasa. Namun, membukakan pintu maaf untuknya adalah cara berdamai dengan masa lalu. Walaupun damai bukan bererti harus kembali bersamanya, tetapi cara ini membantu anda menjejaki masa depan dengan lebih tenang.
  • Masih cinta bukanlah masalah
Masih mencintai bekas kekasih bukanlah perkara yang salah. Namun, anda harus berfikir secara dewasa, bahawa cinta bukanlah segalanya dalam sebuah hubungan. Perpisahan terjadi kerana suatu masalah yang sukar diselesaikan bersama. Oleh kerana itu, cinta sahaja tidak cukup.
  • Lebih mencintai diri sendiri
Daripada menghabiskan banyak masa untuk memikirkan bekas kekasih, fokuslah untuk mencintai diri sendiri. Lakukan pelbagai perkara positif dalam hidup yang boleh membuat anda rasa lebih bersemangat. Tinggalkan semua kenangan di belakang dan belajarlah menjalani hidup baru.
 Bagi aku benda ni simple je, sama ada kau nak atau tak. Itu je. Tapi pada pendapat aku, daripada pengalaman lepas lebih baik move on. Semua benda ni perlukan kerjasama antara satu sama lain. Kalau sebelah pihak tak boleh nak berkerjasama, susahlah.

Aku tak salahkan sesiapa dalam hal ni, bagus kalau ada kawan baik yang nak tolong damaikan perhubungan kita, tapi pada aku benda ni dah tamat beberapa bulan lepas. Aku kuatkan hati aku untuk teruskan hidup walaupun pada masa itu aku sedang hadapi masalah. Aku redha dengan apa yang dah Allah tentukan pada aku. Jadi nak taknak kenalah ikut apa yang telah Allah tentukan.
Untuk kau, aku doakan semoga kau bahagia dengan cinta hati baru. Tak perlulah nak rasa bersalah dengan apa yang kau janji pada aku dulu. Kita hanya mampu merancang, tapi perancangan Allah lebih baik. Andai kata satu masa nanti aku terjumpa kau balik, aku akan anggap kau sebagai kawan sahaja. Maafkan silap aku, kalau aku banyak buat kau terluka sepanjang perhubungan kita dulu. Move on lah. 
via : aliffchannel.com