Move On

Assalamulaikum. Selamat Pagi. Ada masa terluang ni, aku nak share beberapa tips cara bermove on. Amboi siap ada tips lagi ye. Bukan apa, kita belajar dari pengalaman. 
Melupakan bekas kekasih tidak semudah membalikkan telapak tangan. Lebih-lebih lagi jika anda masih mencintainya. Namun, anda harus sedar bahawa perpisahan terjadi kerana suatu alasan. 
Untuk move-on dari masa lalu, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan dipetik dari Psychologytoday.
  • Padamkan Kaitan Dengannya
Melupakan seseorang kadang-kadang harus dipaksa. Anda tidak boleh terus-menerus memandang gambar profil mereka dan berharap dapat melupakannya begitu sahaja. Ketika sedih, anda menjadi terdedah teringat pada kenangan masa lalu. Melindungi diri dengan batasan sihat seperti menghapuskan kenalannya merupakan salah satu rawatan diri yang baik.
  • Relakan impian hilang
Merelakan mimpi-mimpi bersama kekasih pupus memang tidak mudah. Tetapi anda tiada pilihan lain selain mengikhlaskannya. Pada masa kenangan-kenangan manis terbayang di benak hati, ingatlah saat-saat dia melakukan perkara buruk kepada anda.
  • Berdamai dengan masa lalu
Apabila seseorang menyakiti, marah adalah respon yang biasa. Namun, membukakan pintu maaf untuknya adalah cara berdamai dengan masa lalu. Walaupun damai bukan bererti harus kembali bersamanya, tetapi cara ini membantu anda menjejaki masa depan dengan lebih tenang.
  • Masih cinta bukanlah masalah
Masih mencintai bekas kekasih bukanlah perkara yang salah. Namun, anda harus berfikir secara dewasa, bahawa cinta bukanlah segalanya dalam sebuah hubungan. Perpisahan terjadi kerana suatu masalah yang sukar diselesaikan bersama. Oleh kerana itu, cinta sahaja tidak cukup.
  • Lebih mencintai diri sendiri
Daripada menghabiskan banyak masa untuk memikirkan bekas kekasih, fokuslah untuk mencintai diri sendiri. Lakukan pelbagai perkara positif dalam hidup yang boleh membuat anda rasa lebih bersemangat. Tinggalkan semua kenangan di belakang dan belajarlah menjalani hidup baru.
 Bagi aku benda ni simple je, sama ada kau nak atau tak. Itu je. Tapi pada pendapat aku, daripada pengalaman lepas lebih baik move on. Semua benda ni perlukan kerjasama antara satu sama lain. Kalau sebelah pihak tak boleh nak berkerjasama, susahlah.

Aku tak salahkan sesiapa dalam hal ni, bagus kalau ada kawan baik yang nak tolong damaikan perhubungan kita, tapi pada aku benda ni dah tamat beberapa bulan lepas. Aku kuatkan hati aku untuk teruskan hidup walaupun pada masa itu aku sedang hadapi masalah. Aku redha dengan apa yang dah Allah tentukan pada aku. Jadi nak taknak kenalah ikut apa yang telah Allah tentukan.
Untuk kau, aku doakan semoga kau bahagia dengan cinta hati baru. Tak perlulah nak rasa bersalah dengan apa yang kau janji pada aku dulu. Kita hanya mampu merancang, tapi perancangan Allah lebih baik. Andai kata satu masa nanti aku terjumpa kau balik, aku akan anggap kau sebagai kawan sahaja. Maafkan silap aku, kalau aku banyak buat kau terluka sepanjang perhubungan kita dulu. Move on lah. 
via : aliffchannel.com

Sudah Ku Tahu



Assalamulaikum..


Hai korang. sihat ke tu ? harap sihatlah ye. 20 ramadan dah kan, cepatnya ramadan nak tinggalkan kita semua. harini aku nak share lagu yang memang ngam dengan jiwa aku sekarang ni. tajuk lagu sudah ku tahu - projector band. lagu ni memang betul-betul ngam ngn jiwa aku sekarang ni. jiwa putus cinta gitu. hahaha. 



lirik lagu 

seringkali aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia sudah ku tahu
rupanya aku tak dicintai
untuk apa kau buat ku begini
segala apa yang telah ku lakukan
airmataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu
mengapa masih lagiku
bediriku menunggu cintamu
mengapa masih adamu
menyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan wooo!!!
c/o sayang!!
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar
sayang!!
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
aku pasti kau bahagia tanpaku selamanya.

sekian, terima kasih. selamat menghayati lagu sedih ni.


Roti Gebu Hakak !



Assalamulaikum.


Hai korang. apa khabar ? harap sihat selalulah ye bersama keluarga tercinta. fuhhh 17 ramadan dah weyhh. cepatnya masa berlalu. maka ada 13 hari to go raya. nak cerita pasal raya ni serious tak best kot. kali ni aku betul-betul tak rasa mood raya tu. silap-silap raya 1st aku g bantai tidur. haha. apa teruk sangat lah perangai aku ni.


Memandangkan raya tak lama lagi kan mehh nak bagi ayat promote sikit untuk roti gebu ku ini. haha. gebu bak pipi pau weyhhh. kau ado! serious sape yang makan roti gebu aku ni pasti akan merindui kelembutan dan kegebuannya. buat dengan penuh kasih sayang gitu. hehe. ~ ayat promote kat bawah tu untuk warga johor.


 

Jangan jeles ok. dah lama aku kaji untuk buat roti segebu gini. alhamdulillah jumpa juga akhirnya. ini belum start jual, kalau jual pehh mesti ramai yang repeat order lagi. sebenarnya nak buat roti gebu macam ni pun ada pantang larang juga tau. jangan nak main terjah je. kau main terjah confirm ada something wrong dekat roti kau nanti. tak percaya kau trylah buat.


Oklah sampai sini je aku membebel dekat korang. k bye.

Salam Ramadan




Assalamulaikum


Hai korang. hmm tak terlambat lagi rasanya untuk i nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. macam kejap je kan rasanya berpuasa kali ni. tup tup dah nak masuk 5 ramadan. 25 hari lagi to go untuk raya. hahaha. raya ehh ! rasa tak macam nak raya kot. entah. feeling raya tu dah tak rasa dah sekarang sejak dah besar ni. nak nak sekarang ni tengah move on, lagilah jiwa kelaut je. hahaha. tak pelah ada yang lebih indah sedang menanti tu. insya allah.


Untuk sekarang ni, i dah tak mengharap sangat dah pasal jodoh + cinta. kalau ada, adalah nasi minyak tu. kalau tak ada, nasi bujang je lah. haha. betullah cakap orang apa yang kita impikan tak semua akan tercapai. mungkin ada yang lebih baik. gitu tau.


Sekarang ni misi mencari duit. duit. duit. dalam kepala mesti fikir pasal duit. sebabnya tak ada sapa nak bagi i duit kalau i sendiri tak mencarinya. banyak benda boleh buat ni untuk cari duit. tapi tak tahu mana nak mulanya. produk dah ada tapi nak mengembangkannya tu yang i tak berapa nk reti. haishh kena pergi tuntut ilmu ni.


Seriuslah bila kau tengah move on + menyingle ni kau akan rasa macam-macam weyhh. tapi bagi aku ada ke tak ada tetap sama gak. still sorang-sorang juga. bila kau tengah jatuh, kau akan nampak sape yang sanggup susah payah tolong kau time tu. tak semua mampu weyhh. hanya orang yang betul-betul ikhlas je akan tolong kita. cukuplah sekali i dah menyusahkan diri i untuk orang yang tak pernah nak menghargai pengorbanan kita. bukan mengungkit tapi cakap berdasarkan pengalaman hidup. orang boleh tipu kita, tapi kita takkan sampai hati nak menipu orang. walau macam mana tahi pon dia buat pada kita, kita jangan sesekali buat balik pada orang lain.


Cukuplah sampai sini je i membebel. esok-esok sambung lagi membebel k. kbye. sekian, terima kasih.